13 February 2011

walk like an egyptian

By the Bangles.



Pertama sekali, harus saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Kekayaan beliau yang telah dipersoalkan yakni sebanyak 70 bilion USD amatlah mengejutkan. Seperti yang saya dan Eja (dua manusia yang tiada kerja lalu mengira harta beliau) telah Tweet, harta beliau jika dibahagi kepada 80 juta rakyat Mesir, mungkin seorang boleh dapat hampir 1000 USD.

Persoalannya kalau beliau yang memiliki negara sebesar itu serta rakyat sebanyak itu dan tidak pernah muncul dalam Forbes melainkan baru-baru ini, semestinya ada pemimpin lain yang boleh mengalahkan kekayaan beliau.
Beringatlah kamu, harta itu tidak akan dibawa mati.

...

Kedua, walaupun saya bukan seorang Presiden atau Perdana Menteri dan sepastinya orang lain boleh cakap saya budak mentah tapi saya rasa saya layak cakap: Berhati-hatilah wahai rakyat Mesir dengan masa depanmu.
DO NOT FALL INTO THE WRONG PLAN or even New World Order
Plan your own future, do not let others do that for you.

...

Ketiga, terima kasih kepada kerajaan kerana berjaya membawa pulang rakyat Malaysia daripada Mesir. Who know what worst could happen right? 
Walaupun lambat sebab nak tunggu pilihanraya habis kah?, tapi alhamdulillah semuanya selamat.
Saya kagum dengan Kanada dan Amerika sebab reaksi mereka mengeluarkan rakyat mereka sangat pantas!

...


Masa zaman ibu bapa saya, scholarship amat mudah didapati. Sudah tentu saya tidak menyalahkan situasi di mana pada masa kini, lebih ramai palajar bijak bestari dilahirkan maka pemberian scholarship juga harus diketatkan. Keputusan ibu bapa saya tidaklah hebat tetapi mereka diterbangkan oleh kerajaan ke Kanada untuk menyambung pelajaran mereka, dengan mudah sekali.

Baiklah. Saya admit saya dengki dengan kekayaan biasiswa pada masa itu.




True story. 

footnote: Akan ada sequel. Oh yes, I am now on Twitter. Very active, indeed.

No comments:

Post a Comment