01 April 2010

yes man

Kemas kemas rumah cepat, nanti nak kahwin.




Terasa perlu menulis. Dah la bangun sikit banyak punya lambat. Anak dara apa ni. Macam ni nak kahwin?

Saya ada formspring, ala tempat tanya-tanya tu.
Aku pun tak tahu kenapa kena ada. Orang ada, aku pun kena ada la kot. Tak gitu?
Bukan lah. Aku buka akaun formspring sebab cik Crapola si nenek gembira yang suruh. Suka benar dia dengan formspring.

Aku heran. Apasal orang suka minta aku kahwin kat formspring eh?
Mungkin la diorang bergurau, aku je perasan cantik lebih-lebih.
*tipu, aku memang cantik pun <----- sila abaikan.*


Macam perempuan lain, aku nak lelaki gentleman habis.
Tanya macam mat salleh gitu, kena lutut depan aku tunjuk cincin, will you marry me depan orang ramai then aku buat muka terkejut *walaupun taklah terkejut mana kalau dok bercinta dengan dia* then cakap YES sampai air mata mengalir, semua orang sila tepuk tangan ya sebab MESTI lah terharu kan?

BLAH. Ini terlalu cliché.

Aku anak Melayu *keluar topik*.
Aku nak lelaki yang nak kahwin dengan aku tanya emak bapa aku sendiri. Baru macho, berani. Tak payah bagitahu aku nak datang rumah *tipu, nanti aku jumpa kau kat rumah tiba-tiba mesti aku freak out gila*. Gaya adat melayu merisik, si lelaki bawa emak bapa dia ke rumah jumpa parents si perempuan. Berbincang dan bertanya hal itu ini. Then, blah balik ke rumah. Emak tanya aku nak terima tak lamaran sipolan sipolan.
Aku kata "Yeay!" *kepada orang yang aku nak lah, kalau aku taknak mungkin aku gelak besar <----eeeii kejam, jangan kahwin dengan perempuan ni*
Then, we can hear the wedding bells. Okay, melayu takde wedding bells so kita dengar bunyi kompang, tak ke gitu?


Aku tak suka tunang. Membazir.
Aku tak suka bersanding. Malu.
Peerah, mesti korang kata aku kedekut. Ye ar, nak save bajet ah. Nak beli kereta besar, rumah besar, honeymoon oversea. Lagi berbaloi.
Tapi mak kata kalau kau kahwin anak Tan Sri, Datuk Datin mesti kena sanding-sanding ni semua. Adoih. TAKNAK JUGAK *jangan kahwin dengan perempuan ni, degil betul*

Point di sini, jangan lah minta kahwin dekat formspring dah. Malu I. Tak tahu nak jawab apa. Saya cakap saya bukan Summer sebagai jawapan maksudnya saya bukan macam karakter Summer dalam movie 500 days of Summer yang kahwin dengan random guy. Tapi saya cantik macam Zooey Deschanel tu, mata saya buntang <-----abaikan perempuan perasan ni.


Toodles.

footnote : Post panjang. Padan muka. Barca dengan Arsenal seri, kena buat kenduri kahwin. :D

No comments:

Post a Comment