21 April 2010

remember me

Orang akan berubah. Ada yang mendekati dan ada juga yang menjauhi.



Dulu kita sependapat. Kita kongsi benda sama untuk disukai. Kita setuju Zooey Deschanel itu sangat hot seperti aku *sila abaikan error itu*. Kita berbincang sampai tengah malam masalah lelaki tak-ambil-kisah dengan perempuan cerewet. Kita tak kisah siapa duduk depan duduk belakang dalam kereta. Kita berkongsi masalah tentang orang yang kita suka dan ketawa tentang masalah tu.

Sekarang, tak.

Boleh tak, bila aku cakap I miss you maknanya I miss the old you dan bukan I miss you as in I want you by my side? Aku faham batasan itu apa.

Dan aku faham aku suka seseorang dan seseorang itu suka aku dan kawan-kawan kita suka bila aku bersama dengan orang tu jadi kau rasa macam orang ketiga mungkin? Tapi, aku tak pernah pula tak suka orang tu. Tak pernah pula kau jadi penyebab yang mengubah status aku.

Tapi kau menjauhi. Dan aku tahu itu.


ASYIK EMO JE KERJA. MARI UBAH KE TOPIK YANG MENARIK DAN INFORMATIF *ada ke word ni?*





Gambar tak berkepala ini saya namakan Encik Kimia menggantikan Encik Twelve *ganti nama samaran sahaja ya*. Sebabnya; 1) itu subjek kegemaran beliau, 2) beliau hebat dalam subjek tersebut 3) dia yang cadangkan *okay ini lame -_______-*


Kredit gambar untuk wanita ini. Tapi dicrop oleh saya demi menjaga privasi Encik Kimia *konon*.


Baru-baru in beliau telah memecut kereta MyVi beliau dan menghentam seekor kera lalu menamatkan riwayat si haiwan malang tersebut.

Beliau membunuh (seekor kera) di tempat awam. Cara: memandu dengan laju-laju *I know highway tapi ni mesti laju gila sampai tak boleh break kan?* dan alasan dia atas highway. Tak, tak nak dengar alasan. Taknak, taknak.

Dan malang untuk beliau, aku pencinta haiwan. Selepas beliau tamat program di kolej nanti, aku akan beri denda dengan menyuruh *memujuk* beliau sign up untuk Malaysian Nature Society supaya beliau rasa menyesal dan tidak akan memandu laju-laju lagi lalu membunuh [insert nama haiwan].

*Biar kau drive 20 km/h atas highway padan muka sebab girlfriend kau kejam*


Sila ambil tahu dan ambil kisah tentang Malaysian Nature Society ye rakan dan taulan sebab entah apa-apa kau, kau, kau dan kau *dan aku* buat sampai bumi ni super duper panas. Kalian tidak kasihan kah dengan negara yang tak sama iklim dengan kita? Encik Bakal-best-man pun super duper mengomel kata tempatnya panas.

Kalau rajin *MESTI RAJIN!* baca ini dan ini. Ulangkaji untuk post akan datang.



Ye saya tahu, mana ada orang guna beliau untuk criminal tapi aku suka sebab aku suka sebab wanita cantik ini guna dan aku baru lepas membaca blog dia.

Sila abaikan baju dalam gambar. Ya, itu baju Arsenal. Ya, dia sokong Arsenal. Ya, aku kurang gemar Manchester United *takde kaitan, abaikan*.




Toodles.
footnote: Go Green yaw !

No comments:

Post a Comment