08 May 2010

hanya stalker terhandal boleh habis baca post ini, adakah itu anda?

Aku bukan Deschanel (walaupun mungkin berharap menjadi secantik dia ha ha).


Content warning: Tak sesuai untuk mereka yang baca dengan penuh semangat di dada berkobar-kobar mengharapkan penulis blog menulis sesuatu yang religious.


I had fun at work, watching my customers' reaction towards first-timer at the counter. Heee. Will tell more in future posts. A lot of things to share.


Again, this is the second time after aku melepaskan kekeliruan yang aku dapat daripada formspring ke dalam blog ni. This time, kes dia lebih menarik. Tak, tiada kaitan dengan mereka yang propose aku kat formspring ha ha.

Aku memutuskan untuk meletakkan soalan-soalan terbabit di blog sendiri kerana aku serta beberapa rakan sejoyah pasti yang tukang tanya ni ialah pembaca blog ini juga.

Anyway, aku harus mulakan dengan ucapan terima kasih (seriously, ini bukan perli atau sarcasm ya) kepada mereka yang bertanya.



Soalan 1#

Apsal kau rasa kau best walaupun sebenarnya kau tak best?

Untuk soalan ini aku agak terkilan sebab soalan dia macam tergantung. Apa maksud best? I mean, best itu maksud dia terbaik atau pun personaliti aku menarik ke macam mana? Dan aku tak ingat la pulak kalau aku ada kata kat orang yang aku ni best. Hm, macam mana ye kalau kita nak declare dekat orang yang kita ni best? I mean, should I say, ''Aku sangat best, kau tahu tak?"or rather, ''Jadi aku best oh." Macam tu ke?

Seriously, aku tak reti buat macam tu. Tak tahu pulak jadi aku ni best sampai kena promote dekat orang. Bukan ke jadi Zooey Deschaneal atau Zoe Saldana atau Chris Martin atau Shia La Beouf lagi best ke? Kenapa aku plak? Baik aku promote, weh jadi [insert nama orang yang famous/kaya/cantik/handsome] best kan?


Soalan 2#

Apsal kau rasa kau sarkastik sedangkan kau tak sarkastik langsung? Kau tau tak apa maksud sarkastik sebenarnya? Cuba google. Serius kau tak sarkastik langsung. Lawak pun tak, apatah lagi sarkastik (?).

Oh ini mesti dia nak cakap pasal post ini KOT. Aku kurang pasti tapi soalan ini yang membawa kepada geng joyah aku memutuskan yang pertanyaan (atau pertanyaan-pertanyaan) ini datang daripada pembaca blog aku.

Okay, so dia suruh Google oh. Wah menarik. Dia suruh aku buat sesuatu. Gembira aku. Google ialah kawan baik aku sejak Darjah 5.

Well I did Google the meaning of sarcasm.

Anda pun boleh berbuat sedemikian. Mari kita lihat definisi sarcasm dalam Wikipedia, Dictionary.com dan juga The Free Dictionary.

Wikipedia defines sarcasm as the use of words to damage the reputation of, or hurt, another person. It is “a sharp, bitter, or cutting expression or remark; a bitter jibe or taunt.

Dictionary.com says sarcasm is harsh or bitter derision or irony or also a sharply ironical taunt; sneering or cutting remark.

The Free Dictionary claims that sarcasm ismocking, contemptuous, or ironic language intended to convey scorn or insult.

Pensyarah aku cakap kalau nak definition yang accurate kita rujuk lebih daripada satu kamus. Ini tiga kamus yaw and yet aku tak jumpa pun apa yang didefinisikan sarcasm sebagai FUNNY ataupun LAWAK atau KELAKAR.

If you don’t find it funny maybe because you have lost your sense of humour. MAYBE.

Plus, I didn’t expect myself to be kelakar bila aku tengah melemparkan kata-kata sarkastik. Aku hanya harapkan kata-kata sarkastik aku tu dapat buat orang terasa tanpa memarahi secara direct. It is meant to be sharp and irony. So, aku tak dapat point persoalan kau okay? Maaf ya.


Soalan 3#

Kenapa kau asyik cakap pasal boifren kau? Kau takde life ke selain boifren kau? *soalan jujur*

Pertama sekali sebelum aku menjawab soalan ini, aku fikir, kat mana yang aku banyak merepek atau fine lah, cerita pasal boyfriend aku? Pronouncing him as my boyfriend is already hard enough and now you claimed I talk a lot about my boyfriend?

Socially, apabila dengan orang, biasanya aku tak terjah dan cakap pasal encik secara tiba-tiba. Biasanya orang yang akan bertanya itu ini pasal aku dan dia dulu. Ya, bukan kau saja yang dah bosan tapi aku sendiri pun dah bosan jawab dekat orang pasal aku dan encik. Seriously, kenapa anda begitu tidak puas hati kalau orang bertanya pasal boyfriend saya? Honestly, nak address dia boyfriend pun aku shiver. Sama lah dengan dia pun. Dalam fasa tak biasa lagi. Boy best friend lah ya.

Kalau aku merepek banyak dalam blog ini atau tumblr atau facebook pasal encik dan anda tidak gemar dengan apa yang saya tulis, sila lah Alt+F4 atau pun tekan pangkah di atas sebelah kiri. Takde la sakit mata kot baca apa yang aku tulis dan kemudian bitchy di formspring aku.

Orang lain cerita pasal encik/cik mereka dalam setiap post blog mereka, kau tak bitchy pulak?

Maaf *jawapan jujur*.


Soalan 4#

ko nie sebenarnye camne? memula aku ingat ko cam alim2 sket... lelame tengok cam gedik2 sket..jgn marah...

Well mula-mula and lama-lama is two different things. Dan aku yakin, orang yang bertanya soalan ni bukan orang yang sama dengan yang bertanya tiga soalan lain.

Cakap pasal alim, alu tak pernah mengaku aku alim. Itu apa yang kau pandang pada diri aku MULA-MULA.

Sekarang kau rasa aku gedik. Itu apa yang kau pandang diri aku LAMA-LAMA.

Siapa suruh kau tengok aku lama-lama? Tak, aku tak marah. Suka hati kau la nak pandang aku macam mana. Mata kau kan. Suka hati kau lah nak nilai aku macam mana. Hati kau kan. Suka hati kau lah nak fikir aku macam mana. Akal kau kan.

Aku tak kisah.



Aku rasa orang ini perempuan. Bukan aku je rasa, kawan aku pun rasa. Tapi tak kisah la siapa kau kan tapi minah gonggeng rakan baik aku panggil kau si pendengki. Sorry, bukan aku yang panggil ya.


Aku akan panggil kau anonymous. Sebab kau terlalu takut untuk bertanya depan-depan dan meletakkan pengenalan diri kau dalam soalan kau.

Tapi aku suka soalan mencabar dan ‘membangunkan’ macam ni. Menarik.

Terima kasih ya, Nony (singkatan untuk aNONYmous).



Untuk reference yang lebih accurate serta jawapan spontan aku, lihat sini. Boleh juga drop sebarang kemusykilan anda ya? *ambil kesempatan promote fromspring*


Toodles.

Footnote: Bila jadi macam ni, rasa macam lagi banyak nak cerita pasal Twelve. Rebel rebel. Ha ha.

No comments:

Post a Comment