17 June 2010

this is missing somebody that you are having a little war with

Sebab Encik Bapa dengki dengan saya banyak berblog kot so dia potong internet rumah supaya aku lebih banyak tengok FIFA World Cup.



Bila-bila masa kau nak keluar dengan kawan-kawan tengok wayang kan kan, cubalah jangan memalukan diri sendiri tau.

Aku keluar dengan seorang kawan ni kan and we bought two tickets untuk tengok cerita Killers tau but then perut aku ni kan macam perut lembu kan, sekor lembu pun boleh sumbat dalam perut ni *tipu tipu*, so aku pun ajaklah makan dulu. Tiket pukul 1.45 tengahari. Sila ingat ya, 1.45 pm merupakan detik penting yang harus kalian ingat dalam plot cerita ni. So, pergilah cari kedai makan. Aku order sup kuey teow *macam ni kot eja dia* and then bila dah sampai makanan aku tu, aku rajin mulut la tanya si kawan pukul berapa sekarang? Sebab aku takde jam. Mungkin kawan aku tu khusyuk makan so tak boleh nak salahkan dia. So dia dengan yakin seyakinnya jawab, pukul 1.30 dah. Aku gelabah itik ayam lah sebab aku pantang terlepas iklan. Kuey teow sup panas tu aku hirup je lah walaupun panas macam boleh rebus telur dalam tu. Aku dan kawan ni bergegas ke surau dan tunaikan solat zohor. Kan yakin dah masuk waktu kan? Jadi selesailah solat fardu zohor 4 rakaat. Dah habis tu we ran to find an elevator. Sebab ya lah, aku kan pantang terlepas iklan. Tanya kawan, dia kata cepat-cepat dah pukul 1.50. Aku rasa sedih gak la. 5 minit iklan melepas kan. Bila dah sampai depan entrance tu, kawan bagilah tiket wayang.

Pakcik Wayang: Eh adik, Hall 10 belum buka lah.

Aku pun naik peliklah. Apasal pulak? Bukan dah lewat ke?


Rupa-rupanya jam baru pukul 12.50 tengahari.

So agak-agak korang lah, aku dan kawan solat apa ya time tu? Zohor confirm belum masuk lagi walaupun kami solat dengan penuh keyakinan kan?
And and, pakcik wayang tu mesti ada kampung gila-baru-first-time-tengok-wayang-ke-? impression kat kami.


Lagi.


Bila kau beli hadiah untuk kawan kan kan, aku nasihatkan kau letak resit jauh-jauh. Wallet atau beg atau poket seluar jeans yang kau pakai 5 hari seminggu merupakan tempat-tempat yang kurang strategik untuk simpan resit hadiah yang kau taknak kawan kau tu tahu harga hadiah tu berapa. So simpan lah resit kat rumah ke, buku resit ke (kalau ada, mesti korang takde punya) atau dalam beg mak kau. Haha.

Sebab kalau kau terkantoi, aku pun tahulah berapa harga necklace yang kau beli untuk aku tu RM100 walaupun kau taknak aku tahu harganya berapa. Malu tak malu tak? Untung aku le sebab korek jelajah wallet kau.





Dia nak pau aku spaghetti meatball ikea from gaji bulan ni. Cis.
Aku ingat nak pau dia tiket kapal terbang dan penginapan di South Africa serta tiket perlawanan akhir untuk scholarship dia bulan ni in return of spaghetti meatball. Berbaloi tak? Padan muka.



footballnote: UPU result sucks. Thank you. Boleh tukar tak?

No comments:

Post a Comment