15 July 2010

hey sexy ladies auww


Koc wanita dan lain-lain.


Kebelakangan ini, aku selalu travel naik train, bas dan teksi. Biasanya rakan-rakan aku faham betapa sukanya aku terhadap pengembaraan kecil antara rumah aku dengan universiti aku. It is just sooooo awesome, i like it so much.

Tapi aku ada dua soalan yang aku terfikir last Saturday,
1. Kalau kau (perempuan sahaja) kena raba, kau nak bagitahu orang lain tak?
2. Kalau kau (masih untuk perempuan) kena raba, macam mana nak respon?
3. Lelaki pun boleh kena raba tak?

Kes raba-raba dalam public transport benda yang paling aku tak gemar.


Dengan menariknya, I've learnt that KTM Berhad telah memperkenalkan Koc Wanita khas untuk penumpang wanita. Koc ini memang aku akan naik sebab aku pun salah seorang sexy ladies yang kerap menggunakan perkhidmatan KTM Berhad sebab kemalasan aku untuk memandu.
Tapi aku selalu kesian kat kaum Adam yang tiba-tiba tersesat masuk koc wanita ni.

Lagi satu, kalau kaum bapok/pondan/nya/pengkid dan lain-lain ni, erm, takde koc khas untuk mereka eh?


Correction: SEXY LADIES. Memalukan pelajar bahasa Inggeris sungguh.

Aku rasa kalau aku masuk koc selain daripada koc wanita, aku akan berasa takut gilaaaa sebab ramai lelaki. Tapi aku rasa kalau aku dalam koc wanita dan seorang lelaki join us in, aku rasa sama cuak je.

Lagi. MESTI HARUS WAJIB BACA.

Alkisah suatu hari, aku dan rakan-rakan (semua wanita cantik hot belaka) baru balik dari girls' day out dan berlari-lari turun tangga dengan gopoh-gapah sebab train transit dah sampai lepas tu masuk pulak dalam koc bukan-wanita-yang-punya dan rasa cuak seram sejuk satu badan so berniat hajat di hati untuk ke koc sebelah iaitu koc wanita dengan menggunakan laluan antara koc tetapi pintu ke koc wanita macam dengki dengan kecantikan kami lalu dia buat macam tersekat pulak tapi sebab aku menggunakan kegagahan aku untuk menolak tepi pintu itu lalu aku pun bolos tetapi pintu itu masih dengki dan tertutup kembali meninggalkan tiga wanita cantik yang melalak menjerit memekik ketakutan sebab terperangkap dalam laluan antara koc itu lalu aku membantu membuka pintu yang degil itu dan kesemua kami bolos ke dalam koc wanita walaupun telah memalukan diri sendiri dengan jayanya apabila penumpang daripada kedua-dua koc (sebelum dan selepas) melihat kami dengan penuh tanda tanya dan ada segelintir yang tersengih pandang kami well nasib baik boleh maintain cantik lagi.

Then, aku terlihat warning sign warna biru di pintu koc tu:

WARNING
Intercar gangway is hazardous. No elderly, handicapped or children should cross the gangway unattended.

AMARAN
Laluan antara koc adalah berbahaya. Orang uzur, cacat dan kanak-kanak tidak boleh melaluinya tanpa dibantu.

Aku gelak dan snap one picture. Aku yakin kami tak uzur, cukup sifat dan cukup matang. Aku kurang pasti apa pendapat orang lain pula.



p/s: Sehari dua pos kalau sempat sebab nanti orang bising tak update. Hmpf.

2 comments: