07 July 2010

perasan

Ini post bertarikh 7 Julai 2010 tapi McD gila tiba-tiba disconnected menyebabkan post ini tergendala.



Kalau aku hot, itu hak aku untuk rasa hot. Hot kan satu perasaan. Kalau korang kata tak, aku tak peduli.

Bila lama dah tak muncul dalam dunia maya, orang tanya mana hilang mana hilang? Tak hilang mana. Kerja keras konon.

Sebenarnya aku ada banyak penyakit tapi rasa macam tah apa-apa cerita kat satu dunia nanti haters kecoh kata aku ni kepoh gila nak simpati orang ke hape tah. Formspring sunyi, Blogger sepi, Facebook ada banyak wall *ini cukup menarik* dan Wordpress macam biasa lah.

Tapi kalau kalian mahu tahu, aku rasa bahagia bila takde internet. Aku jadi normal. Tiba-tiba rasa diri sendiri ada life. Normal sangat sampai tak risau pun bila tak update blog berminggu-minggu. Rasa normal bila nak emo, cakap dengan orang atau melukis atau baca buku sebab kalau dulu nak emo mesti tulis dalam blog lepas tu haters melaserkan mulut mereka. So bila buka facebook and banyak orang tulis kat wall instead of comments and they miss me, aku rasa terharu. Tak bangga, just terharu. Mungkin sebab mereka pelik aku tak like status atau gambar mereka. Aku kan kaki sibuk. Formspring pun sepi dan aku terasa suatu perasaan yang aneh.

Internet ni bagi impak maksima *eceh poyo* dalam hidup aku dulu.

Hari ini hari jadi Hawa dan Marlene. Marlene, if you are reading this, I have never forgotten your birthday since primary school. Awesome kan? Tak, poyo gila macam lah kau ingat orang lain punya birthday.

Ini post sebab orang suruh post, nanti ada proper post next next time bila kurang busy. *sedih Argentina kalah wo tsk tsk*

Okay, sekarang, 9 Julai 2010 aku dengan Twelve kat McD Bukit Tinggi baru lepas tengok Back-Up Plan hahaha hot gila Jennifer Lopez, nama dia Zoe dalam cerita tu.

No comments:

Post a Comment