30 August 2010

of puasa and world's hardest questions

Beberapa celoteh Ramadan.



A: Hari ni A *si budak kecil umur 5 tahun banyak cakap banyak makan* puasa.
K: Baguslah. Kakak pun puasa.
Dua jam selepas itu.
A: A tak jadi puasa lah.
K: Eh, kenapa?
A: A lapar. Esok A jadi puasa.
K: -_____-"


A: *makan roti telur cheese*
K: Eiii, tak puasa.
A: Biarlah, tadi A tengok kakak makan roti.
K: Cis, kau.


A: *makan keropok ubi at the dining table*
K: Tak baiklah makan kat sini.
A: Kakak pergilah sana. Ni memang tempat orang makan.
K: Grrr.


A: Kakak, hari ni A puasa ! (pagi-pagi masa kakak dia baru bangun tidur)
K: Baguslah.
Tengahari tu.
A: A puasa tapi A dahaga lah. A minum susu coklat je. Sekarang A puasa balik lah.
M: Dia lapar. Mama bagi susu coklat separuh gelas.


P: Ma, hari ni P *adik lelaki berumur 17 tahun* buka puasa dengan kawan boleh?
M: Kat mana?
P: Kat *insert nama mall*
M: Pukul berapa?
P: Buka puasa mesti la pukul 10 pagi ma.


A: Kawan A kata kalau puasa tak boleh korek hidung! Hidung A gatal lah.
K: Haiya.


*Di bazaar Ramadan*
A: *makan karipap*
K: Oii tak baik lah makan depan orang ramai. Tunggu la berbuka nanti.
A: Tapi A tak puasa.
K: Tapi tak elok lah.
A: *makan dalam kereta*


*Pukul 3 petang*
A: Penat lah A puasa.
K: Yeke? A tak makan ke?
A: Tak makan pun. Makan sikit je. Cikgu bagi mamee (read: mihun) kat sekolah.


A: Kakak puasa tak?
K: Puasa.
A: Kenapa ada air kosong dengan coklat dalam bilik kakak?


These are few of the celoteh(s) of my sister. Only God knows how tired we are to answer her questions, which reminds me of how do you explain to children of her age about the concept of syurga vs neraka and dosa vs pahala?
I couldn't recall much about how I was explained to about these matters.



I miss this person. Nak suruh Twelve kirimkan kasih sayang cepat-balik-bila-nak-buka-sama untuk dia. Ah, Twelve pun tak berbuka dengan aku lagi. Nak emo lah macam ni. Bak kata Hawa, nak pakai eyeliner tebal-tebal duduk tepi tembok bajet tengah ambil angin malam.

Ceit, takde masa pun nak emo untuk korang. HAHA.

Eja telah menyatakan ketidak-puas-hatiannya terhadap aku yang tidak menegur kembali si pemuda yang tinggi kacak bergaya dan memandu Mazda 3 berwarna electric blue di depan Gardens yang dengan comelnya menyapa aku, 'Hai. Nak pergi mana tu?' Kau ni comel lagi boleh taaaak? Benci betul. HAHAHA bikin Twelve dengki aja (Twelve kata aku materialistik sebab kawab 'Hai' balik lepas jockey bawa kereta dia datang HAHAHA dengki kau dengki takde orang handsome nak sapa kau).


Rasa gila sebentar. Kalau gila, batal puasa kan? Hehe.


footnote: Undergoing the symptom of too many things too blog but having trouble to put them in words.


No comments:

Post a Comment