09 August 2010

post ini ditulis sambil makan kuih raya yang sepatutnya jadi testing product je





Kuih testing kalau sampai kat aku sebalang boleh jadi makanan ruji hari ini. Sorry la Puan Ibu eh.




Ramadan nak dekat, OK COOL gila en? Cepat gila, rasa macam baru je puasa. Okay fine itu puasa sunat Syaaban tapi gila dekat wey macam kangkang kera lagi dekat tahu.

Anyway anyway, Ramadan ni Si Perempuan Cantik dan Gadis Gonggeng ada pelan menyihatkan diri untuk puasa ni.


Cita-cita 1#: Nak jadi vegetarian.
Okay aku tak pasti kalau Gadis Gonggeng nak ikut pelan ini tapi Si Perempuan Cantik dan saya amat bersungguh-sunggug bersangat-sangat ni.

Kalau An baca post ni mesti dia gelak terguling-guling kot kot siap save post ni dalam Ipod Touch baru dia lagi. Sebabnya, aku memang terkenal dalam kalangan kawan-kawan serta relatives aku dengan alergi terhadap beberapa jenis sayur. Ok, tipu. Bukan aku alergi tapi memang sengaja alergi.

Bukan tak boleh makan sayur ni tapi memang taknak.

Jadi antara lauk yang bakal aku makan sepanjang bulan mulia ini termasuk nasi, kentang, tempe, ikan, beberapa jenis sayur yang memang makan serta cili.
Apa-apa pun nak try elak ayam and daging. Aku yakin Si Perempuan Cantik tak boleh nak elak daging HAHAAHAHAHAHA and aku memang sah tak boleh nak tolak ikan yang sedap -____-

Cita-cita 2#: Minum air mineral dengan banyak.
Ini memang penuh semangat nak buat ni siap dah bawak tumbler dari rumah wo. Jangan main-main.

Cita-cita 3#: Baca yasin setiap Isnin and Khamis.
I have no idea why Monday is included but I want two days per week. Matlamat yang ini tak dibincang dengan Si Perempuan Cantik dan Gadis Gonggeng so I guess meanwhile ni dia jadi matlamat peribadi dulu.

Cita-cita 4#: Makan bawah RM10 sehari.
Okay ini cita-cita lama dah sejak masuk Part 1 tapi nafsu makan berMAHARAJAlela so memang tak boleh buat apa. Padanlah peha baik punya gabak ya semua orang.

Ramadan ni no excuse la okay sebab memang kena control nafsu baik baik baik baik.

Cita-cita 5#: Kalau ada baki daripada RM10, terus masuk tabung.
Woot, yang ini terlebih semangat sikit la siap dah bawak tabung dari rumah. Tapi tabung tu kecik je. Takpe balang kuih raya ni cantik boleh jadi tabung *lightbulb lightbulb*.

Sebelum raya boleh masukkan hasil tabung dalam Tabung Haji. Hehe.

Cita-cita 6#: Terawih.
Macam biasa. Weekends mesti wajib punyaaa sebelum Encik Bapa naik hangin.

Cita-cita 7#: Memberi (dan tahun ini ada menerima).
Ramadan ni kena kutip derma untuk subjek KN untuk mangsa-mangsa Gaza. Celaka punya AS. Takpe la tak boleh emo nak Ramadan ni so kena lah buat kutipan derma itu dengan seikhlas hati.



Kuih Cornflakes sepuluh untuk Raya, seratus untuk saya ho yeaaahhh !


Tengok ni gambar perempuan tamak taknak share kuih kegemaran sampai peluk-peluk bawa balik kolej untuk dijamu apabila bosan.



Selamat menyambut Ramadan.
Dan untuk pelajar universiti terbabit, selamat megutip derma.
InsyaAllah pelan ini bakal berjaya. Kalau gagal, I will update in here.



footnote: Gila emo post lepas ni weh. It is only a short story BAHAHAHAHA.

feetnote: Agaknya KN terima tak duit derma US Dollar or Canadian Dollar? Tapi nama kempen 1 Ringgit 1 Gaza. Odd.

No comments:

Post a Comment