11 October 2010

of guys and trend

Aku rasa tajuk post ni macam skema, macam nak buat untuk artikel journalis ke apa tah.




Asalnya nak tulis dalam Bahasa Inggeris tapi memandangkan perimeter kisah ini limited kepada tempatan sahaja, baik guna bahasa ibunda kot kan?


Apabila seorang lelaki mengaku dia layan Twilight Saga, orang kata dia GAY.

Apabila seorang lelaki mengaku dia suka Justin Bieber, orang kata dia GAY.

Apabila seorang lelaki layankan sahaja GLEE series, pun dikatakan GAY.

Apabila seorang lelaki mengaku dia mengikut perkembangan K-Pop/ J-Pop, pun dilabel GAY.

Aku tak rasa pun mereka GAY sekadar melayan perkara-perkara yang aku suka. Aku tahu perkara ini subjektif. Tak semua orang suka apa yang aku suka. Aku tak layan sangat K-Pop dan J-Pop tapi apa yang aku lihat, pandangan sesetengah orang terhadap lelaki yang layan subjek sebegitu biasanya dilabel GAY terutamanya oleh rakan-rakannya.

To me, WTH?

Kalau kau belum pernah tonton GLEE tapi kau rasa cerita itu memiliki ciri-ciri gay-ish, sebenarnya kau tak layak untuk menghakimi cerita tu pun in the first place.

Aku tak pernah tengok cerita How I Met Your Mother secara serius maka aku tak pernah tahu cerita tu best atau tak.

Aku pernah tonton Adamaya yang ramai (mungkin) gila-gilakan sebab Lisa Surihani, dan aku admit aku suka Lisa Surihani (serius tak tipu, aku pakai Garnier sekarang HAHA) tapi aku tak suka cerita Adamaya tu atas sebab-sebab perwatakan kurang menarik daripada pelakon-pelakonnya, series of even yang cepat sangat (banyak: __ minggu seterusnya, __ bulan selepas itu) dan lain-lain. 
I quit watching the show after 4 hours. Lama kot 4 hours tu, macam nak pergi Tronoh dari KL tak?
Atau mungkin sebab aku masih rasa drama bersiri Nur Kasih lebih hebat dengan gaya islamik yang tersendiri?


Pada aku dan WC (read: Wanita Cantik), ada tiga kategori lelaki yang kami suka dalam konteks post ini.

Satu, lelaki yang suka perkara yang betul-betul dia suka dan tidak ambil kisah apa persepsi orang lain terhadap perkara yang dia suka.

Dua, lelaki yang tidak suka perkara yang dia betul-betul tak suka sebab dia memang tak suka dan BUKAN sebab dia ikut apa yang orang lain tak suka (trend).

Tiga, lelaki yang TIDAK label kawan dia sebagai GAY (kecuali kalau kawan betul-betul ada sexual problems).





Satu lagi, tahukah kamu GAY trend merupakan satu trend yang kurang sihat. Macam rokok dan dadah, gay boleh memesongkan persepsi lelaki terhadap perempuan dan menerbitkan rasa sayang lebih-daripada-kawan-punya-sayang terhadap kawan sama jantina tu. Tahukah kamu, minda kamu boleh berubah persepsi mengikut kata hati? Tahukah kamu, kalau kamu GAY dan tak suka perempuan maka semakin sedikitlah populasi lelaki macho lalu kuranglah pilihan untuk kami, wanita, untuk jadikan kamu sebagai calon ________?






footnote: Aku dah lupa kenapa aku marah kau. Just forget it. No, bukan untuk Twelve.

6 comments:

  1. time ak form5 dulu, aku antara yg terawal minat jpop..pas2 diorg kate aku gay..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahhahaha see what i mean? it's a pity if men's interests are limited to certain macho things kan?

    ReplyDelete
  3. wth . go watch hiym .

    ReplyDelete
  4. dah tengok. gila awesome. harus habiskan sampai season 6 ! gonna write a post about it. i think.

    ReplyDelete