Makan aiskrim goreng kat karnival selepas kempunan beberapa tahun.
Baru-baru ni, ada seorang kawan aku makan aiskrim goreng setelah aku paksa syorkan dia pergi cari sampai dapat.
So kawan aku sorang lagi ni, dia tanya, aiskrim goreng tu apa?
Aku pandang dia dengan ekspresi muka yang tak puas hati.
Mana mungkin ada lagi manusia yang tak tahu aiskrim goreng tu apa?! (tipu je, ada je kemungkinan ramai orang yang tak tahu)
Lepas aku explain tu dia still tak tahu.
Then entah macam mana, bercerita la pasal kes buang bayi, seks luar nikah ke apa-apa tah sebab aku kena buat report pasal pregnant school.
Kawan aku ni kau main banyak lagi benda dia tahu pasal benda-benda. Bikin aku kagum (ke kaget? apa-apalah).
Maka terjadilah aku post status kat Facebook: "If you don't pressure those youngsters about early marriage, maybe the term 'luar nikah' is less famous than 'aiskrim goreng'" :DDD
Tak ke kalian rasa perkara tu betul?
Sekali aku teringat perbualan aku dengan GG aka Gadis Gonggeng. Masa sekolah menengah dulu kitorang belajar hukum kahwin.
Kahwin jadi wajib apabila seseorang tu dah tak tahan nafsu and dia mampu.
Kahwin jadi sunat kalau dia mampu dan khuatir akan terjerumus ke maksiat.
kahwin jadi makruh apabila dia tak mampu dan tiada keinginan untuk bersetubuh.
Kahwin jadi haram kalau dia nak menyakiti, menzalimi, menganiaya orang yang dia kahwin.
Cuma, lepas dah post status tu, aku fikir balik: Kalau orang tu berkeinginan untuk bersetubuh tapi tak mampu nak sara hidup keluarga macam mana?
Satu lagi perkara related tapi tiada kaitan (haha macam mana tu): Semua orang mungkin ada kepercayaan dan agama, tapi tak semua orang buat macam apa agama suruh. Contohnya: ada orang sembahyang kat masjid/kuil/gereja tapi pergi berjudi, berjoli sakan.
Dan tak semua orang sama.
Think about it.
True story.
good question there. anyway, i tau oh aiskrim goreng tu ape! woo woot sedap gila. bulat bulat macam pau tapi dalam ada aiskrim. amazing en? hee.
ReplyDeletemana nak dpt aiskrim goreng?
i don't know. i ate one at my mom's school carnival hehehehe should have eaten more.
ReplyDeletedia goreng tapi tak cair kan kan kan :DD