04 January 2011

new year, new spirit, new house

Spirit of adventure.


Rumah.
Kitorang telah berjaya moved in sebuah rumah teres berhampiran dengan kelas. Sangat awesome, 10-minutes away je kalau jalan kaki. Naik basikal mungkin half of that and naik kereta sangat melampau kemalasan yang ditonjolkan. Hehe.

Barang yang dibawa untuk minggu pertama.

Rumah teres kecil, satu suku tingkat (sebab kat atas ada bilik sebiji macam loteng yang kecil) dan tiga bilik tingkat bawah. Rumah yang normal. Penghuni ada lapan orang mungkin untuk dua minggu pertama. 

Dalam kata-kata lain, keterujaan ini juga bermakna ini rumah sewa saya yang pertama!
Cukup teruja sampai post pun kena guna bahasa tempatan supaya tak nampak macam perempuan gedik yang keterujaan dia lebih daripada menang loteri 1 milion dollar.

Anyway, setakat ni rumah sangat tidak complete. Takde stove, washing machine, alas kaki yang mencukupi, langsir yang cukup panjang serta almari baju untuk semua orang. Kalau ada siapa-siapa nak menderma boleh juga hahahaha dasar student nak jimat duit! Tapi memang kena jimat pun sebenarnya.
 


Kelas.
Ada enam subjek dan saya masih belum mendaftar koku sebab kegilaan teknologi yang saya yakin amat membenci saya kebelakangan ini lebih-lebih lagi selepas saya post pasal how suck GPS is.
Saya harap teknologi boleh berhenti menjadi prejudis terhadap saya sebab bukan saya saja yang suka menyalahkan teknologi.

Dan saya dapat lecturer 'kegemaran' Apek, kawan saya. Menarik tak?





Now I feel weird posting in Malay with such enthusiasm.

True story.



No comments:

Post a Comment