26 April 2011

HAHAWAWA

This is a story of a girl *continue singing*


Ini merupakan cobaan untuk menulis dalam Bahasa Ibunda.
Buhdeway, this is her BLOG.


Hawa merupakan rakan sekolah saya (ada ke rakan sesekolah? Maksud saya, kan kita guna rakan sekelas. Rakan sesekolah ada?) namum beliau tidak pernah menjadi rakan sekelas saya.


Hawa juga tidak berkongsi satu pasukan rumah dengan saya. Dia berada dalam pasukan Al-Khindi yang berwarna ungu macam UiTM manakala saya pula berada dalam pasukan Al-Biruni yang berwarna kuning megah gagah perkasa bak warna simbol diRaja.






Selain daripada itu, Hawa ialah seorang manusia normal despite satu fakta yang beliau tidak suka makan buah-buahan. Menurutnya, buah-buahan yang dia tak makan mempunyai ciri-ciri berair dan berbiji. OH, kalau anda suggest pisang, dia kata dia makan pisang yang cantik, molek dan tak lembik. Ya, comel-rasa-nak-sepak-kan alasan dia? Tolong lah -____-


Sekarang, Hawa tinggal serumah sebumbung dengan saya. Okay, rumah sewa kami lah tapi still, serumah juga. Dia pandai masak ayam/telur masak kicap, goreng nugget, masak nasi, goreng telur err tu je kot. Tapi jangan risau, Hawa merupakan anak kepada seorang tukang masak yang handal dalam masakan Melayu. Saya jamin dia bakal mewarisi kehebatan ibunya. Juga, dia pembajet makanan terhebat dalam rumah.


Hawa memiliki kemahiran keusahawanan atau entrepreneur skill yang luar biasa. Ciri-ciri ini merupakan salah satu faktor yang mendorong saya menyertai usaha jayanya dalam penjualan Monavie (sila refer blog dia). Dia memiliki otak mengira yang hebat dan saya yakin dia pernah buat pembedahan simpan kalkulator dalam otak. Ok, saya tipu. Hawa memiliki pengalaman membantu ibunya jual kuih-muih jadi bakat mengiranya telah diasah sejak kecil (ok BM saya dah mula berterabur).






Dia juga pernah jatuh cinta dan putus cinta tetapi saya yakin kalau saya cerita tentang perkara ini dengan lebih lanjut, dia akan balas dendam dengan mungkin meletakkan sayur-sayuran dalam makanan saya. Maka, itu sahajalah statement untuk point ke-enam.


Cik Hawa juga tidak gemar berkhemah serta menyertai aktiviti lasak. Ya, saya pun pelik kerana dia merupakan peserta Brass Band UiTM untuk tiga semester. TIGA SEMESTER of kawad, lari-lari, main trombone. Namun begitu, Hawa juga seperti saya merupakan pengembara yang baik. 






Hawa juga seperti saya merupakan peminat GLEE dan How I Met Your Mother. Walaupun begitu, dia lebih gemar dengan karakter Puck dan Brittany dalam Glee. Berbeza dengan saya yang lebih gemar akan Quinn dan Mike.


Hawa tidak berapa suka akan hujan dan cuaca yang panas terik. Katanya, dia lebih suka cuaca yang panas tapi selesa. Entahlah, tak faham lah. Ok, next.


Oh sebelum lupa, tadi saya beri Hawa kuih penderam. 






Dia cuba secubit daripada sebiji penderam kemudian dia gigit dengan penuh perasaan.  Mungkin dia suka, mungkin tidak. Turned out keputusannya ialah..dia rasa penderam tu sedap sebab dia crunchy tapi dia rasa tak sedap sebab dia melekat. Ok, malas nak layan.


Hawa pun suka iron tshirt. Saya tak pasti mengapa tapi dia memang suka buat macam tu.






Di samping itu, Hawa merupakan seorang yang sangat berjimat. Dia tak suka kalau orang terlupa tutup suis atau biarkan TV terbuka tanpa sesiapa menonton. 


Dalam tangan yang lain (serius ini takde dalam BM), kalau nak buat ais kena guna air masak. Kalau guna air paip, nanti dia marah. Tapi kalau saya malas, saya guna jugak air paip *buat muka selamba*


Hawa juga amat sukar untuk bangun tidur. Dia tidur tak tentu masa sesuka hati bila rasa penat dan perlu untuk tidur. Kadang-kadang pukul 8 malam dah tidur. Memang tak remaja. Kemudian apabila orang lain nak masuk tidur, dia tanya semua orang nak tidur dah ke? Perempuan ini juga gemar main game Free Cell. Biasanya dia cheat (Tiq kata) sebab tu lah dia handal. Hawa suka main game dalam telefon bimbitnya dan kalau dia kalah, dia akan marah akan telefon itu.




Err, tu je kot. Dah tak hengat banyak sangat. Boleh lah bertanya dengan empunya badan kalau ada apa-apa persoalan.






Eh salah.


CALON MENANTU MAAAAAAAK :D




Kesimpulannya, Hawa ni kawan baik saya. Saya shayaaaanggg dia WTH WTH WTH. Okay dan dia pengguna YouTube yang tegar. 
Bahasa Ibunda bersepah *tsk tsk tsk*






Cerita benar.


footnote: This post is based on mutual agreements.

No comments:

Post a Comment