30 April 2010

bitchiness

Tidak sesuai untuk pembaca yang hanya faham perkataan 'bitch' memiliki satu makna sahaja.




No, I am not a bitch. Tapi dah period, my mood has improved tapi but not writing mood.

Sekarang jam 3.55 pagi, aku atas katil megharap hujan lebat turun dan sedang mendengar lagu Breathe by Taylor Swift ft Colbie Caillat. Tak tidur lagi dan esok kena kerja keras untuk dapatkan wang saku. Argh, kan best duit diperbuat daripada daun.



Post ini sangat bitchy. Pada asalnya aku cakap dekat perempuan cantik ni, ada dua perkara yang nak tulis dalam post ni tapi aku tak boleh tulis sebab taknak ada orang lain bitchy dengan aku pulak. Nak cakap dengan sopan santun sebab bitch tu dah macam kasaar sangat en? Ha ha tak baik panggil orang bitch sebenarnya.

Big question today, why do some people like to impress other people?

Perkara ni boleh berlaku dalam macam-macam situasi. Contoh :



1. Kau nak keluar pergi makan atau jumpa kawan lama yang tak jumpa ni. Dia nak jumpa kau 15 minit je sebab dia ada hal kemudiannya. Tapi kau guna 5 jam nak bersiap dan pilih pakaian terbaik nak jumpa kawan tu yang sekejap je nak jumpa. Tempat makan nak ada kelas, mamak atau warung tak main ah. Duit dalam wallet/purse asal boleh menebal so nampak la loaded en. Oh, pakaian nak branded ah macam Gucci, Levis, LV dan apa-apa tah lagi tu.



2. Kau tak suka manusia sekian tu. Pada dia, manusia sekian tu gedik lah mengada-ngada lah tak matured dan segala macam keburukan manusia sekian tu dikorek kau. Dicerita pada rakannya sipolan tentang itu ini pasal manusia sekian tu. Rambut dia tak cantik lah, gaya ditiru lah, kasut pelik lah and apa-apa sahaja yang boleh disebut. Tapi depan manusia sekian tu, lau sangat baik berkawan macam bestest friend. Dipuji beg cantik, rambut smart dan kasut trendy. Pulak dah.

*Lemme give you the long face, nah -______________-"



3. Kau kat kampung dan nak tidur pun nak pakai baju cantik dan branded asal boleh ada kelas. Ada gaya kebandaran dan lambang kemewahan pada baju tu (walaupun hanya dibeli di Chow Kit tapi tetap di bandar kan?).



4. Kau bercerita tentang kehebatan atau kemachoan atau kecantikan atau kepopularitian atau kemewahan atau apa sahaja kebaikan teman lelaki/wanita kau apabila rakan kau bercerita tentang boyfriend/girlfriend mereka walaupun kau baru date dengan teman lelaki/wanita tu baru dua minggu. Cakap macam kenal dua tahun. Lagi, cakap orang tu ramai peminat tapi dia pilih aku. Lagi, kau cakap kat orang dia tinggalkan ex-girlfriend dia sebab aku lebih baik walaupun sebenarnya kau paksa atau apa-apa sahaja lah.

*Itu gila bitchy namanya.



5. Kau tak suka warna pink tapi sebab roomate kau nampak cantik pakai pink memanjang, kau pun menggedik ala-ala puteri konon pergi beli semua harta benda kau pink sebiji atau lebih cantik daripada roomate kau. Daripada emo colour hitam je semua, sekarang kononnya ''I find the new me, this is my true personality. Pink suits me well''. Deep inside, you hate pink so much.

*Pink can be substitute to any colours.


6. Kau kawan dengan orang yang lebih popular supaya kau nampak popular dan cantik/handsome. Kau abaikan kawan asal kau sebab mereka sangat low profile.






Beberapa situasi di atas sangat familiar bukan? Aku memang tak gemar perangai to impress others ni tapi it is a nature of human being kot, to look better than any other person. It's good to be better tapi jangan sampai pijak orang lain. Jangan sampai burukkan orang lain sebab nak nampak lebh baik punya pasal.



Macam Will Smith cakap;

Too many people spend money they haven't earned, to buy things they don't want, to impress people they don't like.





Sekian, bitchiness untuk post ini tentang bitchiness sebahagian manusia.

Toodles.
footnote: Aku tak gemar satu cerita Melayu yang famous ni sebab cliche then skema pulak tu so stop trying to influence me. Juga, aku curious gila siapa polis yang tembak arwah Aminulrashid. Kenapa tak didedahkan eh? Memang tak boleh eh? *Gaya bimbo bertanya*

No comments:

Post a Comment