11 May 2010

what do you want from me

Kira duit RM300 syiling boleh bawa migrain. Wow.




Hari ni masa duduk dekat counter, aku terfikir tentang dua perkara.

Banyak benda boleh buat untuk exercise otak.

Duduk kat counter 8 jam.



Perkara 1#
Aku menghadapi kesukaran berperasaan semasa menjadi cashier di tempat itu. Aku tak tahu sama ada aku patut berperasaan seperti customer atau pun business people. I mean, contohnya aku nak isi ais dalam cawan. Sebagai customer, aku tak suka banyak ais sebab nanti air dia sikit atau mungkin nanti ais cair dalam air so air akan jadi tawar. Kalau aku boleh isi sendiri ais tu mungkin aku letak sikit (macam dua ketul je *i know mungkin takde kesan sangat*) je.

Sebagai business people, ais tu kena bagi banyak supaya air boleh letak sikit je. After all, ais lagi murah daripada air kan? So letak ais ikut procedure, separuh daripada cawan.

Kemudian aku tersepit. Dalam pada masa orang tengah rushing gila gila bekejar nak siapkan order, aku tersepit di tempat sodok ais sebab nak kira berapa ketul ais aku kena letak dalam cawan besar ni. Memang tak relevan berperasaan macam ni tapi I am just being considerate kot.

Aku keliru. Nak faham perasaan customer or faham business way?
So aku letak ais suku cawan. Ha ha.



Perkara 2#
Tahu tak ada orang yang perangai dia pelik? Tahu talam dua muka tak? Dulu aku tak faham perangai tu macam mana tapi sekarang mungkin aku dah faham sikit.

Macam ni la kot lebih dan kurang:

O suka puji W. Beg dia cantik, baju dia lawa, make-up comel dan boyfriend sweet yada yada yada. Dia puji W depan-depan. Jalan berkepit tangan, malam-malam cerita sakan bersama. Hakikatnya, O bagi tahu X yang dia sebenarnya bukannya suka sangat dekat W. O benci W. O benci rambut berkarat W, beg & baju branded W dan boyfriend W yang tak handsome mentang-mentang keluarga berada *tiada kaitan di situ*. Tapi still, O kawan baik bestest friend forever dengan W. (Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah tiada dan O, W & X bukan nama sebenar ya)

So bila X nampak persahabatan 'erat' antara O dan W, apa yang dia rasa agaknya?
Faham tak betapa aku tak faham dengan orang macam O?

And then tambah lagi, O juga mengutuk tentang X pada W. Pada W, dia kat dia tak suka X sebab itu dan sebab ini. Ada je benda yang tak kena dekat X pula.

Jadi O ni nak apa sebenarnya? Dia perfect sangat kot sampai semua orang buruk pada mata dia?
Ke macam mana? Such a betrayal ke apa kita nak panggil ni?

Dan macam mana kalau W dan X bercerita sama sendiri apa yang O cakap tentang mereka? Tak ke pecah tembelang O?

Sekali lagi cerita ni di atas tiada kaitan dengan sesiapa sebab telah diubah suai secara rawak dan campur-campur serta tokok tambah untuk memberikan ilusi yang mudah difahami kepada pembaca.

Doktor suruh makan pil migrain. I think I think too much. Do I have to think about what I think too?



Duduk kat counter 8 jam.

Banyak benda boleh buat untuk exercise otak.

Hari ni masa duduk dekat counter, aku terfikir tentang dua perkara.





Toodles.
footnote: Bila nak next week ni oh please please please. Anyway, 'makin dicucuk makin menjerit' haha you are awesome.

2 comments:

  1. mmg ada org macam O tuh.


    tp kalau orang macam O fikir balik, die buat kawan dia mcam tuh. tak mustahil nnt die kena balik.

    ReplyDelete
  2. hahahhahahha bukan apa, seronok gak macam tu. ada drama cuma menyakitkan hati lah. grr.

    macam mak eja kata.
    ah, lupa lagi nak letak kata-kata mak eja. cis, ok thanks dayah. nanti nak letak post khas kata-kata mak eja :DD

    ReplyDelete