26 January 2011

I was vulnerable

Sorry tapi aku bersimpati dan kau harus menerima simpati aku.



Jadi ini post berbahasa Melayu. 
Biasanya kalau aku emo dalam Bahasa Melayu bermakna aku ada satu perasaan yang dipendam untuk mencarut jauh dilubuk hati tapi tak boleh mencarut sebab aku ialah manusia rasional.

Macam Sarjan Kadet Polis aku cakap dulu, 
"Mencarut dalam bahasa mat salleh lagi sopan bunyinya dan penuh feel berbanding dalam bahasa kita. Kau sebut 'shit' lebih baik daripada kau sebut 'tahi' dan kedua-duanya memaksudkan perkara yang sama".


Tapi aku bukan pengamal kuat dalam menyebut perkataan mencarut. Normally.


Maka alkisah semalam dan kelmarin aku jatuh sakit. Demam. Hampeh betul, selsema bersin non-stop dua hari (okay bersin non-stop tu tipu). Aku batuk and sakit tekak. Doktor kata aku ada Tonsilitis. First time dengar nama saintifik tonsil bengkak. Haha.

Jadi, demam itu membuatkan aku vulnerable.

Silap besar aku buka Tumblr aku sebab aku nampak new unread message. So aku pun klik la.
Mesej tu bertulis (atau bertaip?),
"someone's talking crap about you in (insert URL) just saying"

So aku tekan URL tu. Dalam laman sesawang tu dia insert several bloggers yang dia rasa fake atau memiliki lousy content. 
Aku yakin itu spam. Tapi ingat; aku masih vulnerable so aku dah mula sedih. And tanpa menyiasat, aku terus delete tumblr aku. 

Turns out si penyampai tu punya tajuk blog tumblr dia ialah 'Your Cute'. Dan profile picture dia merupakan seorang gadis yang berisi tetapi berpakaian tank top putih yang ketat menampakkan pusat serta seluar tiga suku berwarna putih. Gambar beliau diambil di hadapan cermin tapi bahagian badan je nampak, muka tak nampak sebab malu kot. Entah la.

Kesian, cik. Saya rasa bahasa ibunda awak English tapi saya dapat spot beberapa grammatical error dalam blog awak. Even tajuk pun dah salah, grammatically. Lucu lah awak ni. Hikhik *gelak gedik*


And orang yang condemn aku dalam laman sesawang tersebut menggelarkan diri beliau sebagai 'BabyGurl'. 
Ala chomel-chomel. Sye shukeww btol leww nameww awk tuuu. Macham bebi bushuk-bushuk yeww. Kenapeww awk xnak ltak nameww BabyGurlzzz trus? Ada byk awk kan chomel tu.

Sumpah geli rasa nak lempang diri sendiri.

Tapi sebab aku vulnerable at that time maka maafkan saya wahai 65 followers di Tumblr. Nanti saya buka akaun baru bila ada masa.


Hari ni semangat dah pulih. Rasa lebih gembira walaupun lecturer Literature memberi pop quiz dah la aku MC semalam. Cis.
Saya nak berterima kasih kepada anonymous di formspring saya yang saya yakin saya tahu siapa tapi taknak sebut sebab takut malu kalau salah. Haha.

Focus in the red circle or oval. 

Sebenarnya aku attempted to make a square menggunakan free hand tapi aku rasa aku hampir berjaya. Kot. Haha.

Kesimpulannya, everybody is super in their own way. Kalau kau tak suka apa  orang tu publish, pergi sahaja lah. Tak payah la baca sampai sakit hati kan? Refer to The Thing About Blog.

Bila tulis dalam bahasa ibunda, wajib post yang panjang-panjang sebab bukan selalu.


True story.

p/s: Ini komputer Hawa jadi kredit untuk dia. Hehe. 

No comments:

Post a Comment