04 April 2010

high school musical

Sekolah menengah penuh drama. Geng Tom Tom Bak. Geng Enam Jahanam. Geng Kelab Pop. Geng Minah Kuat.



Takde maknanya. Dulu masa form 4 and form 5, aku masuk sekolah asrama penuh perempuan. Selepas habis dua tahun tu, aku rasa bebas sebebas-bebasnya. Bukan sebab aku obses dengan kehadiran lelaki, tak. Takde lelaki pun aku tak kisah. Cikgu lelaki dalam sekolah tu pun aku tak peduli. Tapi ada sebab-sebab lain.

Buktinya? At that time, I may say I adore and like and fond of this young guy sejak masa aku asrama penuh sebelum tu lagi. He he. Gatal, tapi at least seorang je aku minat sampai hari ni. Bukti lebih lanjut; sila baca di bawah.

Dan ini juga bukan medan untuk bercerita tentang mengapa aku kurang puas hati dengan sekolah perempuan. Notice the word 'kurang'? Good, let me emphasize that I did not use 'tidak' for that matter.



Masa Form 5, kitorang kena duduk dalam kumpulan in a class. Aku gemar duduk berkumpulan. Selain dapat berkongsi gosip-gosip hangat dalaman dan luaran dengan mudah, senang juga kalau nak pupuk semangat belajar antara satu sama lain. Masa form 5, aku duduk kelas ketiga. Satu kelas aku ada 37 pelajar *correction, 33 hehe*. Satu kumpulan consists of kira-kira enam atau tujuh orang. Post ni memang sengaja untuk menceritakan profil kumpulan-kumpulan yang aku masih ingat.

Tapi aku taknak bagitahu which group I am in. Tekalah sendiri (yang pasti bukan yang last).



Geng Tom Tom Bak.

Ini geng kaki gossip (juga belajar) sungguh. Geng ini juga memiliki rupa meja yang hebat kalah si Dexter dalam laboratory dia. Kertas dan buku bertimbun di atas meja dengan alat tulis yang bersepah. Geng ini juga merupakan geng yang cepat lapar dan prep malam diisi dengan angan-angan nak makan apa kat Dewan Makan lepas prep malam habis. Juga, semasa Ramadhan, geng ini makan susah nak ingat dunia. Yes, sudu garpu mereka pasti di atas meja sebagai persiapan rapi untuk ke Dewan Makan. Ahlinya suka tidur bergilir-gilir dalam kelas Biologi (ampunkan mereka cikgu). Duduk paling dekat dengan tingkap yang mengadap pejabat (mungkin sebagai metod yang mudah untuk jenguk pelancong dari luar atau Big Guru meninggalkan pejabat).


Geng Kelab Pop.

Rival utama Geng Tom Tom Bak. Mereka gemar memulakan prep dengan cheer Kelab Pop bersama-sama tepukan (yang kononnya hebat) untuk mencabar kewibawaan rival mereka. Tahap kesepahan meja mereka adalah lebih baik berbanding Tom Tom Bak. Mereka lebih berdisplin dan fokus berbanding Tom Tom Bak. Nampak seperti kuat bukan? Tetapi kelemahan mereka ialah amat mudah bagi mereka untuk tidur semasa prep terutama semasa hujan pada waktu petang. Kedudukan mereka di dalam kelas ialah di tengah-tengah (sebab nak kipas kot) dan hadapan sekali paling dekat dekat dengan papan putih.

Geng Minah Kuat.

Bukan rival sesiapa sebab mereka amat kuat tidur study. Mereka gemar akan Hindustan dan muka-muka mereka senang dijumpai di bilik TV pada Sabtu (ke Ahad eh?) petang. Meja bersepah tahap karma tetapi dibersihkan pada hujung minggu secara individual. Mereka juga kuat makan dan suka memberi sponsor makanan pada Tom Tom Bak. Selain itu, muka-muka ini juga mudah dikesan di kantin dan Dewan Makan. Kalau Tom Tom Bak malas nak beli/ambil makanan (tak senonoh bukan?), mereka akan meminta tolong daripada geng yang rajin ini (kembang sudah he he).

Geng Enam Jahanam.

Located jauh daripada tiga geng yang lain kerana berlainan sekolah. Kalau dah berlainan sekolah, berlainan kelas juga la kan? (pfft). Jumlah ahli 7 orang (tapi nama enam, wth? ha ha) dan kesemuanya lelaki. Salah seorang daripada mereka memiliki parut kecil di dahi (my favourite) dan kini empunya kereta MyVi kelabu kebiruan (or biru kekelabuan <------tengok girlfriend kau ni). Dipanggil Enam Jahanam kerana menurut cerita lagenda Puteri Gunung Gogo, hm, entah. Kurang pasti macam mana nak cerita semula. Apa-apa pun, lokasi dan keadaan sarang aktiviti geng in sukar untuk diberi description kerana aku sendiri pun tak pernah tengok (ha ha).





Macam ni la keadaan zaman sekolah menengah (atas) aku. Sekolah geng terakhir merupakan sekolah menengah rendah aku dulu. Dari situ aku kenal Encik Parut Di Dahi.

Oh, nama kumpulan agak merepek. Hanya dapat dicetuskan dengan minda seorang kanak-kanak yang memiliki tahap stress yang agak tinggi (masa tu kan tahun SPM).

Sekarang semua ahli kumpulan merupakan mahasiswa/mahasiswi di merata tempat. Cuba teka aku kumpulan mana?



footnote: Ok ok lepas ni aku betul-betul tidur okay?


2 comments:

  1. ada sikit wrong info hana,
    our class consist of 33 students,
    and five to six superGirls in a group
    haha

    i'd like to guess which group u were in
    but, i think i'l leave it to the others to guess hee

    ReplyDelete
  2. salah? malu gila weh. okay, okay. kena betulkan hahaha.

    sorryla, makcik dah tua. lupa dah. *walhal dua tahun lepas dude. pergh malu.*

    ReplyDelete