24 April 2010

kami anda guru masa hadapan

Bukti aku tak memberontak. Bukti aku jawab MEdSI dengan sangat jujur.




Ini kes kecil hati dengan Encik Bapa. Ya, rasa mahu menangis nak tantrum habis-habisan. Tapi macam gedik je so batalkan niat mari kita salurkan kemarahan ke jalan yang betul.


Perihal.

Encik Bapa kata tak salah jadi cikgu.
So aku nak jadi cikgu.

Encik Bapa kata tapi...
So aku K.I.V. dulu.

Encik Bapa kata kalau kamu kena campak sampai kat pedalaman macam tu kamu nak? Dah la perempuan. Encik Bapa dah pergi tengok keadaan orang kat situ kena pegi sekolah naik bot, tak boleh pakai high-heels, dengan hujannya, dengan sungai deras ada buaya, air kena catu, takde elektrik, takde shopping mall for gaji yang sikit macam tu.
So aku diam. Aku tak gemar pakai high heels sebab sakit tumit. Aku suka hujan. Aku suka internet. Aku pernah hidup seminggu takde air. Aku takut buaya. Sekarang dah tiga minggu aku tak shopping apa-apa (baju, kasut etc.) kat shopping malla. Ye, aku masih hidup.

Encik Bapa sambung lagi cikgu ni populasi yang applynya ramai. Nak jadi cikgu pun kena tapis sekarang.
So aku diam, pandang luar kereta. Benar katanya, aku baru balik dari ujian MEdSI. Google kalau tak tahu.

Encik Bapa kata dulu dapat A banyak taknak mintak profesion macam doktor ke engineer ke. Pulun memang pulun tapi gaji dia berbaloi. Macam pakcik [sekian] dia jadi engineer, belajar memang gila dulu tapi sekarang gaji rm18,000 sebulan. That is three times my gaji sebulan, tahu?
So aku masih diam, otak ligat ingat semua ni. Niat nak tulis dalam blog. Niat nak balas tapi taknak kurang ajar. Aku kurang gemar berdebat dengan dia sebab biasanya dia betul.

Encik Bapa mengulas apabila aku tukar subjek perbualan pasal memandu. Dia nak tengok aku drive around housing area esok pagi lepas subuh. Dia nak train sampai dia luluskan aku drive berseorangan tanpa supervision siapa-siapa.
So aku dapat konklusi sendiri.




Ulasan.
Mari kita lihat di sini.

1. Dulu sebelum result SPM keluar, aku target nak apply Aeronautical Engineering. Gaji cukup besar setelah 5 tahun bekerja sampai boleh belikan Encik Bapa sebiji BMW. Aku tahu sebab ada kenalan yang bekerja sebagai engineer bidang ini. TAPI aku tukar niat seminggu sebelum result SPM keluar, dan dengan nekad (dan 'bijak') nya aku menyuarakan pendapat kepada kedua Puan Ibu dan Encik Bapa: "I want to be a teacher". Tantrum lah mereka, terima kasih.

2. Pada aku semua profesion menjadi rebutan ramai. Termasuk guru. Sepanjang aku berada dalam program Asasi TESL, aku dapati ramai yang taknak pun course tu. Tapi ibu bapa mereka yang pilih. Berbeza dengan aku, melawan arus. Degil.

3. Kerja cikgu gaji kecil. Kerja engineer gaji besar. Kerja doktor gaji besar. Aku tak suka nak menyuarakan part ni tapi aku rasa sangat kejam bagi kat cikgu gaji kecil. Dah la profesion ni diperlekehkan (oleh masyarakat dan warga guru sendiri (!): sila lihat dia atas). Walhal siapa yang melahirkan engineer, doktor, guru seterusnya dan lain-lain. Kalau semua cikgu mogok seminggu, berapa banyak syllabus yang tak dapat dicoverkan? Orang mati kebulur tahu kalau takde kerjaya cikgu ni?



Konklusi.

Fine, aku tak jadi cikgu. Tapi hati ni nekad, Tuhan yang tahu. Aku mungkin akan apply jadi benda-benda berkaitan bahasa tapi bukan cikgu. I mean bukan cikgu sekolah. Tapi sampai mati pun aku akan tulis perjuangkan hak guru.

Dari dulu, aku sedih tengok Puan Ibu san rakan-rakan seangkatan segeng sekumpulan (geng Teacher English yang rock semua nih haaa) kerja keras. Asyik kena pijak oleh orang atasan. Aku ingat nak perbetulkan sistem pendidikan yang pijak memijak tak habis-habis ni. Takde benda lain nak pijak? Kau pijak orang hari ni, esok lusa bagi Tuhan yang pijak kau. Petuih (!!)

Jadi, aku rasa sepuluh tahun selepas aku kahwin, aku nak join pusat tuisyen. Jadi cikgu tuisyen part-time. Cikgu jugak kan? Gaji besar (!) Besar punyaaa *macam dalam iklan maggi ikan tuh*

Satu lagi, aku rasa aku cukup berfikiran jauh. Tak, bukan memuji diri sendiri. Puji Dr M he he. Kalau misal kata aku jadi doktor yang bak kata bapa tak tidur malam duduk kat hospital atau engineers yang tak tidur malam kerjakan projek berjuta berbilion, kau rasa aku boleh jadi mak yang baik tak? Atau isteri yang baik? Kau rasa aku boleh jaga duit dengan baik tak? Kau rasa aku ada potensi untuk tidak berlaku adil tak? Kau rasa aku boleh teman anak aku drive lepas subuh sampai dia lulus drive berseorangan tak?

Kau rasa, duit ni boleh bawa masuk kubur tak? Kalau pahala dosa boleh diganti dengan duit, no hal lah babe.

Nanti kalau anasir-anasir jahat ni datang masa aku kaya, famous dan glamour ni, dan aku terlibat dengan sebarang kejahatan yang sememangnya dosa besar, MESTI BLOG NI JADI HENTAMAN SESI LECTURE ENCIK BAPA YANG SETERUSNYA.

Tapi satu perkara yang aku rasa Encik Bapa sangat betul dan aku sangat sangat sangat setuju: CARI KERJA SWASTA.

Serious, sebab aku bodoh politik kot.



Toodles.
footnote: Orang susah nak berpuas hati dengan apa yang dia ada. Pity. Takpe lah, mungkin tuhan lebih tahu.

9 comments:

  1. hanaa,somehow aku sangat sangat setuju dengan ape yg kau tulis. great job darling (:

    ReplyDelete
  2. thanks, wahai guru masa hadapan :)

    ReplyDelete
  3. hahaha kadang kala kau juga x bersetuju dengan en bapa....tp ini masa depan..kalau dah minat tiada siapa boleh halang...gaji kecik...bia hidup ngan gaji kecik tp perasaan bahagia ...dr wat kerja yg kita sendii x suka

    ReplyDelete
  4. dont worry future teacher..your income may not match an engineer.. but teacher's income in life after death, beyond imagination..better than engineer,insyaAllah..go and grab your dreams..bon chance!

    -future_engineer-

    ReplyDelete
  5. kerja la apa pun janji NIAT kita betul.. kerana Allah. field kita luas kot! eceh kita.. well u can be a translater kat makhamah and i can be teacher lecturing.. hebat kan hidup ni.

    anyhow i still think its best to live sederhana-ly yknow..

    and in the end.. nak sangat engineer/doctor??? HAH TUNGGULAH ANAK MENANTU kau yeahh aku bawak baik punyaaa!!!

    :)

    ReplyDelete
  6. hahhaha thanks peeps :)

    i am hoping for the best. teaching runs in the blood so rasa awkward kalau tak ambil profesion tu. anyway, bapa ada satu je. to respect him is not a choice, it's must. so, let go je lah cikgu tu kot (kenapa ada kot ni? ha ha).

    :D

    ReplyDelete
  7. bnde takkan jadi tnpa minat. klu kau minat nk jadi cikgu, go on with yr thing.

    duit mmg penting, tp tak jamin pape kebahagian pn. do wht u wnt, do wht u like, tht is happiness. :)

    ReplyDelete
  8. kita keje jd cikgu bukan sbb gaji. sbb seronok tgk students kita berjaya jd engineer and doctor. btol?

    ReplyDelete
  9. JODIN,
    hahahhaha still, maybe saya masih ambil bahasa tapi bukan cikgu kot. saya masih akan ikut cakap bapa.

    AIMI,
    BETUL. balasan awesome dan lumayan.

    ReplyDelete